Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

Friday, October 23, 2009

Makan Tengahari Hari

Hari ini saya makan asam pedas kepala ikan tenggiri, daging kicap, ulam petai, sambal belacan dan sayur campur. Yum yum yum.. Gambar akan menyusul kemudian ya. Just found this quaint restaurant, De Lazat di Ukay Perdana that serves nasi campur. Kopinye pun kaw, so tak yah la gi cari tempat lain untuk minum kopi. Yalah, kang makcik tu meroyan, tak dapat kopi kaw. Murah plak tu, lunch for 2 of us plus drinks hanya lah RM11.80. Yang penting, tempat tu bersih, tak ramai orang dan tukang masak & pekerja semua melayu dan bukan Indon.

Tapi yang tak sedapnye ada seorang kakak ke entah makcik ke yang asyik merenung aku & kawanku ambil makanan dan kitaorang makan. Nak je aku tanya apa masalah dia merenung kitaorang. Kawanku yang boleh tahan gak angin kus2nye pun dah nak mula naik angin. Tetapi oleh kerana kitaorang kelaparan yang teramat, forget it lah. Tapi, sempat amik gambar dia. Hambek ko. Ha ha ha.. Nanti kan ku upload.

Next stop, Jaya Jusco kat AU2 untuk sesi berjalan jalan makan angin. Terbeli gak barang2 ntah hapa2. Makcik plak sibuk beli barang2 untuk membuat hamper, bisnes sambilan hidup segan mati tak mahunye itu. Suka2 mak bapak dia je nak buat bisnes tu. Oleh kerana hujan yang lebat di luar sana dan saya dengan bangganye terlupa tutup tingkap teratakku, maka bergegaslah kitaorang keluar dari Jaya Jusco itu. Jika tidak, mungkin kitaorang akan terbabas masuk kat karaoke plak.

Sekian aktiviti saya yang boring buat hari ini. Bagaimanakah hari anda?

No comments: