Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

Tuesday, December 1, 2009

Letter to You

Kehadapan MHM yang dikasihi,

Apa khabar kanda disana? Harap kanda bergembira disamping bonda tercinta dan menjaga bonda kanda yang sakit dengan sempurna.


Adinda disini sihat sihat belaka. Jangan risau tentang makan & minum dinda, kawan dinda menjaga dinda dengan sempurna dan anakanda dinda pun tak lupa menelefon dinda hari hari untuk bertanyakan khabar dinda, walaupun sebenarnya anakanda itu sebenarnya mahu tahu kegiatan dinda.


Raya Korban tahun ini dinda beraya di rumah ibu angkat dinda di Damansara dan dinda tak lupa juga untuk memasak serba sedikit, tapi oleh kerana dinda tamak haloba, makan tak ingat dunia, maka dinda telah sakit perut dan telah pun berjumpa doktor. Tetapi setelah agak baik sedikit, dinda juga telah menapak ke pusat membeli belah dan untuk menghilangkan gundah gulana, telah juga menonton wayang gambar.


Semalam, dinda menemankan kawan dinda pergi ke mahkamah kerana adiknya telah membuat satu kesalahan dan dinda dapat mengembangkan minda dan belajar dari pengalaman itu. Satu pengajaran juga untuk dinda.


Sekian lah buat kali ini. Janganlah kanda terburu buru mahu pulang ke KL. Dinda selamat sejahtera disini.


Terima kasih.